Wednesday, May 27, 2009

Monyet jadi pelayan di Tokyo

TOKYO - Sebuah restoran di sini menggunakan khidmat seekor monyet sebagai pelayan, lapor sebuah akhbar semalam.

Monyet itu mempunyai namanya yang tersendiri iaitu Fuku-chan dan haiwan tersebut menjadi daya tarikan di restoran Kayabuki, utara Tokyo.



Walaupun terletak di kawasan luar bandar, makan malam di restoran tersebut habis ditempah beberapa minggu lebih awal oleh pelanggan dari seluruh Jepun yang mahu melihat monyet itu.




FUKU-CHAN melayan pelanggan-pelanggan di
sebuah restoran di utara Tokyo.



Haiwan itu yang berumur enam tahun melayan dan membawa tuala panas kepada tetamu.

Seorang pelanggan berkata: "Haiwan itu mempunyai peribadi dan gaya seperti seorang pelayan Perancis."

Pemilik restoran itu Kaoru Otsuka berkata: "Semuanya bermula apabila saya memberikannya sehelai tuala panas dan haiwan tersebut mengambil dan memberikannya kepada pelanggan."


Berita baik untuk pelanggan, mereka tidak perlu membayar tip tetapi haiwan itu tangkas menyambar apa jua barangan yang ditinggalkan di meja. - Agensi


Melindungi enggang hutan

Selain melindungi habitat penting spesies burung-burung ini, Persatuan Pencinta Alam Malaysia juga mahu perlindungan yang lebih menyeluruh terhadap kompleks hutan Belum-Temengor


KOMPLEKS hutan Belum-Temengor yang terletak di Perak berusia lebih 130 juta tahun iaitu lebih tua daripada Hutan Amazon dan Congo.

Laporan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) pada tahun 2005, menunjukkan kompleks hutan tersebut dilihat sebagai salah satu kawasan hutan terpenting di Semenanjung Malaysia yang memberi perlindungan kepada pelbagai flora dan fauna dunia yang terancam.

"Ini menjadikan kawasan hutan seluas kira-kira 266,170 hektar itu satu kawasan keutamaan yang harus dipelihara," ujar Pegawai Pemuliharaan Projek Pemuliharaan Burung Enggang MNS, Ravinder Kaur, ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Ravinder berkata: "MNS telah menganjurkan dua ekspedisi saintifik di kompleks hutan Belum-Temengor pada 1994 dan 1998 untuk merekodkan biodiversiti yang ada.

"Hasil daripada itu telah mencetuskan hasrat persatuan untuk menjadikan hutan yang penuh dengan khazanah alam itu sebagai sebuah hutan yang terlindung."

Semasa ekspedisi tersebut, MNS telah menyaksikan ribuan burung enggang hutan daripada spesies Aceros subruficollis yang kini terancam, terbang secara berkumpulan melalui hutan tersebut.

"MNS telah memulakan sebuah projek usaha sama jangka masa panjang untuk memulihara kompleks hutan Belum-Temengor yang dikenali sebagai Projek Pemuliharaan Burung Enggang MNS sejak lima tahun lalu," katanya sambil memaklumkan bahawa Hutan Belum-Temengor dikenali di serata dunia sebagai Kawasan Penting Burung (IBA).

Projek Pemuliharaan burung enggang MNS itu turut ditaja oleh Sime Darby Plantations Sdn. Bhd.





Burung enggang merupakan salah satu burung terbesar di hutan tropika Asia Tenggara. Sungguhpun mudah dikenali, namun burung yang tergolong dalam famili Bucerotidae itu masih belum dikaji dengan mendalam.

Di Asia, terdapat 31 spesies burung enggang daripada lapan genera yang telah dikenal pasti.

"Daripada jumlah tersebut, 10 spesies burung enggang dikenal pasti daripada enam genera yang boleh ditemui di hutan Malaysia.

"Menariknya, kesemuanya boleh dijumpai di kawasan Taman Negeri Diraja Belum dan hutan simpan Temengor yang dirujuk sebagai kompleks hutan Belum-Temengor," kata Ravinder yang telah terlibat selama tiga tahun dalam projek tersebut.

Burung enggang hutan yang telah dinamakan sebagai spesies fokus utama di kompleks hutan Belum-Temengor itu pernah digambarkan secara saintifik oleh Blyth pada tahun 1843.

Ravinder turut memberitahu bahawa burung tersebut sering kali dikelirukan dengan enggang gunung yang kelihatan hampir sama.

Sungguhpun sukar, tetapi perbezaan boleh dilihat di bahagian paruh dan kantung yang terdapat pada burung berkenaan.

Muncul di Perak

Pada mulanya spesies ini dipercayai tidak didapati di Malaysia, tetapi buat kali pertama pada tahun 1993, ia telah ditemui hinggap di sebuah tasik di Perak dan dipercayai mengunjungi kawasan itu secara bermusim semasa pokok Parkia berbuah pada bulan Ogos sehingga September.

Merujuk laman web www.orientalbirdclub.org yang menerbitkan jurnal hasil pemerhatian Ho Hua Chew dan Sutari Supari, spesies burung enggang yang ditemui di tepi Tasik Kenering, Perak telah disahkan sebagai burung enggang hutan oleh peneraju penyelidikan burung istimewa itu, Dr. Pilai Poonswad.

"Dengan bunyi keh-kek-kehk yang lebih kuat dan nyaring, burung ini berhijrah dari Myanmar dan Thailand ke Malaysia pada musim buah.

"Dari bulan Jun sehingga September, kita dapat melihat ribuan burung ini terbang di sekitar tasik," ujar Ravinder.

RAVINDER memaklumkan pemantauan terhadap kepelbagaian spesies enggang di kompleks hutan Belum-Temenggor dilakukan dengan teliti

Laman web BirdLife International memaklumkan pada tahun 1993, populasi burung en

ggang hutan dianggarkan kurang 1,000 ekor.

"Walaupun demikian, penemuan satu lokasi hinggap yang dikunjungi kira-kira 900 ekor bu

rung ini di kawasan selatan kedua-dua negara tersebut telah mencadangkan bahawa nilai tersebut perlu diimbas semula.

"Beberapa ribu ekor burung telah mengunjungi satu atau dua lokasi sarang di sebelah utara Malaysia dan kawasan ini jelas menunjukkan bahawa ia menyokong populasi penting burung

tersebut," katanya.

Menggemari kawasan hutan hijau, khususnya yang bertanah rendah dan bukit yang memp

unyai ketinggian sehingga 1,000 meter, spesies tersebut mempunyai diet yang pelbagai.

"Makanan utamanya bukan sahaja buah-buahan, tetapi juga haiwan invertebrata dan

vertebrata kecil. Ia akan bersarang dari bulan Januari sehingga Jun di dahan pokok yang besar dan tinggi," jelas Ravinder.

ORMASI terbang berbentuk huruf ‘V’ burung enggang hutan.


Sungguhpun membiak di Thailand, tambah wanita tersebut, kawasan Belum-Temengor merupakan kawasan penting bagi spesies berkenaan.

"Kami mendapati kawasan Belum-Temengor penting kerana faktor makanan yang ada di hutan tersebut,"tambahnya.

Dengan formasi terbang berbentuk huruf V, Ravinder berkata, corak terbang itu sama setiap kali burung-burung tersebut berhijrah ke Perak.

"Sekiranya burung ini tidak dilindungi, habitat pentingnya akan musnah dan lama-kelamaan, ia akan hilang dari muka bumi."

Dalam usaha memelihara spesies penting itu, Ravinder berkata, MNS turut bekerjasama dengan penduduk Orang Asli di Belum dan Temengor, Jabatan Perhilitan, Jabatan Perhutanan dan beberapa pihak lain.

"Kerja-kerja pemeliharaan melibatkan bancian untuk menentukan penyebaran, status, saiz populasi dan keperluan sebenar dalam setiap habitat.

"Burung ini memerlukan pokok besar untuk tinggal. Oleh itu, tidak menghairankan jika kita nampak lebih daripada beberapa ekor burung bersarang pada sebatang pokok besar," jelas Ravinder.

Sehubungan itu, katanya, peranan penting yang dimainkan oleh pokok-pokok besar dengan kehidupan burung enggang perlu diberi perhatian.

"Lubang pada pokok besar merupakan sarang burung-burung ini. Sekiranya bilangan pokok-pokok besar berkurangan akibat aktiviti pembalakan, maka populasi burung enggang hutan turut menerima kesan."

Dalam pemantauan yang dilakukan pada tahun lalu, sebanyak 3,261 ekor burung enggang spesies berkenaan telah dicatatkan.

"Melalui program sukarelawan kami, bancian dilakukan dengan beberapa individu berada di atas sebuah bukit tinggi dan melihat arah yang berbeza.

"Untuk mengelakkan kiraan yang berulang, kami telah meletakkan garis had," jelas Ravinder.

Menyebarkan benih

Burung enggang amat penting dalam penyebaran benih. Kehadiran mereka menyebabkan hutan sihat. Mereka seperti 'petani hutan'.

Burung enggang, kata Ravinder lagi, merupakan burung yang berdedikasi.

"Burung enggang betina akan mengurung diri mereka dalam lubang sarang untuk mengeram telur dan membesarkan anaknya, sementara burung jantan akan keluar mencari makanan

"Si ibu tidak akan meninggalkan anaknya sehingga ia matang dan mampu terbang sendiri. Ada pihak mengatakan sekiranya si bapa mati, keluarga itu juga akan mati," kata Ravinder yang tidak menafikan adakalanya disebabkan keadaan benar-benar terpaksa, burung betina akan keluar dari sarangnya untuk mencari makanan.

Beliau menambah: "Bermula dengan penumpuan pada burung enggang hutan, kini projek pemeliharaan itu telah berkembang dengan turut melibatkan aktiviti pemantauan terhadap sarang-sarang spesies lain burung tersebut.

"Setakat ini, dengan kerjasama Orang Asli di hutan sekitar Belum-Temengor, kami berjaya mengesan 10 sarang dengan empat daripadanya masih aktif.

"Sungguhpun demikian, populasi burung enggang didapati berkurangan dengan pantas disebabkan aktiviti pemburuan haram dan pemusnahan hutan di habitatnya," ujar Ravinder.

Beliau memaklumkan bahawa kumpulan projeknya masih belum berjaya menemui lokasi tepat sarang burung enggang hutan sungguhpun tinjauan udara dan tanah telah dilakukan.

"Ini disebabkan keadaan hutan yang tebal dan juga pokok tinggi yang dijadikan sarang, menyukarkan kita menemuinya," jelas Ravinder.


BURUNG enggang hutan menggemari pepohon besar dan tinggi.

Wanita berusia 27 tahun ini berkata: "Matlamat kami adalah untuk memelihara kompleks hutan Belum-Temengor kerana peranan besar yang dimainkannya dalam ekosistem flora dan fauna.

"Kami berharap dapat membangunkan kajian burung enggang dan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan burung istimewa ini kepada ekosistem hutan di Malaysia.

"Bukan hanya itu, MNS juga berharap perlindungan yang lebih menyeluruh terhadap kompleks hutan Belum-Temengor dapat dilakukan."





Tuesday, May 26, 2009

Tips Kesihatan Dan Kecantikkan Untuk Wanita 30-an

Dalam kesibukkan menyeimbangkan antara tugas pejabat dan tugasan tetap dirumah, wanita selalunya kesuntukkan masa untuk diri sendiri. Penjagaan diri yang ala kadar ataupun ikut sempat je… seringkali menjadi amalan harian. Dalam kesibukkan kita seharian, perlulah kita mencuri sedikit masa untuk “merawat, menjaga dan memanjakan” diri sendiri.

Semoga sedikit tips dibawah dapat membantu kita wanita terutamanya yang berusia 30-an “memaintainkan” kesihatan dan keterampilan diri.

a) Kawal pemakanan Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafien, minuman ringan dan makanan ringan.

b) Guna Pelembap yang sesuai Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembab sangat diperlukan. Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Haruslah diingatkan yang krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita.

c) Cuba elakkan dari pancaran cahaya matahari Jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari didalam jangkamasa yang panjang. Pendedahan yang lama bukan saja dapat menggelapkan kulit, ianya juga dapat mengurangkan kelempapan kulit yang membawa kepada kekeringan.

d) Sentiasa bersenam Bersenam mampu meningkat keupayaan dan kesihatan. Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. Dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

e) Minum banyak air Kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan dgn. meminum banyak air. Ini kerana air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamannya kulit muka. Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan.

f) Makanan tambahan Pengambilan vitamin adalah amat digalakkan untuk wanita 30-an. Kesibukkan dengan tugasan dipejabat dan dirumah menyebabkan kebanyakkan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang. Jadi pengambilan vitamin dapat membantu menyelesaikannya.

g) Elakkan bermekap tebal Wanita 30-an seelok-eloknya menggunakan mekap yang nipis dan bersederhana. Cuba elakkan dari menggunakan foundation yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan wanita ini nampak lebih tua dan garang.

h) Positif, ceria dan selalu bersama yang tersayang Wanita 30-an mestilah mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu bersama yang tersayang. Kehadiran orang-orang tersayang di sekeliling dapat membantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan stress.

“Wanita… sumber ilham selalu..”

Do Not Turn On Air-Conditioner Immediately ...

Please note and circulate...

Do not turn on A/C immediately as soon as you enter the car!


Please open the windows after you enter your car and do not turn ON the air-conditioning immediately. According to a research done, the car dashboard, sofa, air freshener emits Benzene, a Cancer causing toxin (carcinogen- take note of the heated plastic smell in your car). In addition to causing cancer, it poisons
your bones, causes anemia, and reduces white blood cells. Prolonged exposure will cause Leukemia, increasing the risk of cancer may also cause miscarriage.

Acceptable Benzene level indoors is 50 mg per sq. ft. A car parked indoors with the windows closed will contain 400-800 mg of Benzene. If parked outdoors under the sun at a temperature above 60 degrees F, the Benzene level goes up to 2000-4000 mg, 40 times the acceptable level ... & the people inside the car will inevitably inhale an excess amount of the toxins.

It is recommended that you open the windows and door to give time for the interior to air out before you enter. Benzene is a toxin that affects your kidney and liver, and is very difficult for your body to expel this toxic stuff.

Hedgehog Baby - a cute moment






AWAS B O T O L PLASTIK!!!!


Botol air mineral yang telah habis diminum adalah tidak disarankan untuk digunakan kembali. Kandungan plastik yang disebut "polyethylene
terephthalate atau PET) yang terkandung di dalam botol ini mempunyai eleman penyebab "KANSER"(diethylhydroxylamine or DEHA).

BOTOL INI HANYA SELAMAT untuk penggunaan sekali sahaja, sekiranya untuk di simpan lama ianya hendaklah tidak melebihi satu minggu dan jauhkan dari haba.

Pembasuhan dan bilasan yang berulang boleh menyebab kebocoran dan agen penyebab kanser itu akan meresap ke dalam air minuman tersebut.

SIKAP tidak suka membazir, termasuk menggunakan sesuatu barangan yang masih elok berulang kali bukan saja terpuji, malah perlu digalakkan.


Bagaimanapun jika anda suka menggunakan botol air galian berulang kali untuk suatu jangka masa lama, hentikan segera kerana tabiat itu sebenarnya lebih banyak mengundang keburukan.

Ini kerana botol air galian yang dibuat dari Ployethylene Terephtalate atau lebih dikenali sebagai PET mempunyai beberapa kekurangan yang boleh membahayakan kesihatan pengguna apabila digunakan berulang kali, terutama jika terdedah kepada cuaca panas.

Penggunaan PET dalam pembuatan botol minuman bermula secara meluas selepas dipatenkan pada 1973.

Pensyarah Kanan Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Ishak Ahmad, berkata isu utama ialah sama ada bahan kimia yang digunakan boleh larut resap dalam air mineral.

Sebenarnya setiap plastik yang digunakan untuk pembungkusan makanan dipastikan selamat oleh pihak berkuasa seperti Food and Drug Administration (FDA) di Amerika Syarikat. Persoalannya, sejauh manakah pengeluar botol mematuhi prosedur yang ditetapkan.

Bagi memperjelaskan perkara ini, beliau berkata semua bahan plastik di pasaran sekarang adalah berasaskan petroleum.

Dalam proses pembuatan botol air galian, katanya peringkat pertama membabitkan proses tindak balas kimia untuk menukarkan petroleum kepada bahan asas dengan penggunaan pemangkin seperti antimoni.

`Peringkat kedua membabitkan bahan kimia seperti Dimetil Tereftalat (DMT) dan Etilena Glikol (EG) dengan menggunakan pemangkin tertentu. Bahan campuran seperti DEHA juga ditambah kepada bahan asas untuk menghasilkan botol mengikut reka bentuk yang dikehendaki," katanya.

Beliau berkata, antimoni yang boleh menyebabkan barah hanya digunakan dalam proses tindak balas kimia dan sepatutnya tidak wujud dalam botol plastik.

Walaupun ada dakwaan bahawa bahan kimia seperti DEHA boleh larut resap dalam air, setakat ini, katanya tidak ada fakta saintifik untuk menyokong dakwaan itu.

Katanya, DEHA yang digunakan dalam pembuatan botol plastik bukan kategori 1 (Di-ethyl Hydroxyl Amine), iaitu logam berat yang boleh menimbulkan masalah kesihatan, tetapi kategori 2 (Di-2-ethyl-Hexyl-Adipote) yang walaupun ada kesan sampingan, tetapi lebih rendah.

Dr Ishak berkata, dua faktor yang menyebabkan penggunaan botol plastik air galian secara berulang kali membahayakan kesihatan pengguna ialah perubahan sifat kimia akibat haba dan kesan penuaan.

`PET hanya tahan haba hingga 60 celsius dan jika lebih tinggi, botol tidak cair tetapi lembut. Bagaimanapun yang membimbangkan proses larut resap mungkin boleh berlaku. Bagaimanapun, ini juga tidak ada bukti saintifik yang kukuh," katanya.

Sehubungan itu, katanya mereka yang ingin menggunakan bekas air secara berulang kali dinasihat tidak menggunakan botol plastik PET, tetapi polikarbonat yang lebih tahan haba, iaitu hingga 130 atau 140 celcius, berbanding suhu air mendidih, 100 celcius.

Katanya, ini bermakna air mendidih boleh terus disimpan dalam bekas plastik polikarbonat.

Walaupun wujud dakwaan kewujudan bahan kimia seperti Bisfenol A (BPA) yang boleh menyebabkan barah, tetapi kehadiran BPA dalam air minuman masih tidak disokong secara saintifik.

Dari segi kesan penuaan, katanya botol plastik terdedah kepada perubahan sifat apabila digunakan berulang kali seperti pecah dan walaupun hanya kemek, proses larut resap juga mungkin boleh berlaku serta memudahkan pembiakan bakteria.

Walaupun terdapat pelbagai dakwaan mengenai bahaya penggunaan botol plastik seperti boleh berlaku proses larut resap, beliau yakin keadaan masih terkawal, tetapi pengguna perlu mengelakkan menggunakan botol berulang kali.

Pada masa sama, beliau mencadangkan beberapa langkah pencegahan seperti penggunaan botol plastik mengikut kegunaan seperti polikarbonat untuk menyimpan air panas dan bukan PET.

Dr Ishak berkata, botol yang pada suatu ketika digunakan secara meluas, termasuk untuk botol susu bayi adalah lebih selamat, tetapi semakin tidak popular kerana berat dan mudah pecah, manakala lebih mahal kepada pengeluar botol.

Pilihan lain tetapi masih di peringkat kajian, katanya ialah menggunakan botol plastik menggunakan bahan asas dari bahan tumbuhan seperti kelapa sawit dan jagung, tetapi bahan campuran masih menggunakan bahan kimia.

JENIS PLASTIK:

1. Ployethylene Terephthalate (PET) - Bersifat lembut dan digunakan sebagai botol minuman ringan, termasuk air mineral

2.Polietilena berketumpatan tinggi (HDPE) - Lebih keras. Sesuai untuk peralatan alat tulis

3.Polivinil Klorida (PVC) - Keras. Sesuai untuk salur paip

4.Polietilena Linear berketumpatan rendah (LDPE) - Lembut. Digunakan sebagai bungkusan plastik

5.Polipropilena (PP) - Keras. Digunakan sebagai peralatan alat tulis

6.Polistirena (PS) - Lembut. Bekas makanan yang kebanyakan peniaga makanan di Malaysia gunakan

7. Polimer campuran - Dibuat untuk pelbagai jenis bahan plastik
__________________

Lagi imej misteri muncul

Oleh AFIFI HAFIZ M.NOR
berita@kosmo.com.my

NOR Kharunisa menunjukkan imej lelaki tidak berkaki (bulatan) di belakangnya yang muncul apabila gambar itu dirakam di sebuah restoran di Johor Bahru baru-baru ini.


ATAS:NOR Kharunisa menunjukkan imej lelaki tidak berkaki (bulatan) di belakangnya yang muncul apabila gambar itu dirakam di sebuah restoran di Johor Bahru baru-baru ini. KIRI:IMEJ lembaga bertudung dengan muka yang kabur (bulatan) ini didakwa tidak kelihatan sewaktu gambar ini dirakamkan di Air Hitam, Muar baru-baru ini.JOHOR BAHRU - Belum reda kisah lembaga 'wanita kebaya merah' di Lebuh Raya Utara-Selatan, kini timbul pula kisah dua orang di sini yang terkejut melihat gambar mereka rupa-rupanya ada imej lain yang tidak disangka-sangka.

Nor Kharunisa Abd. Ghani, 24, mendakwa dalam sekeping gambar yang dirakam menggunakan telefon bimbit di sebuah restoran di sini baru-baru ini meresahkannya kerana ada imej 'lelaki tidak berkaki' di belakangnya.

"Saya hanya menyedari imej ganjil yang kabur itu apabila memasukkan gambar itu ke komputer.

"Pada mulanya saya ingatkan itu adik angkat saya, tetapi dia ketika itu duduk di hadapan saya,'' ceritanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.



MEJ lembaga bertudung dengan muka yang kabur (bulatan) ini didakwa tidak kelihatan sewaktu gambar ini dirakamkan di Air Hitam, Muar baru-baru ini.


Dakwanya, sejak kejadian itu perasaannya menjadi tidak tenang kerana terasa seperti diekori.

Sementara itu, seorang lagi yang mendakwa berjaya merakamkan gambar ganjil, Mazluini Jema'an, 36, berkata, dia terkejut apabila ada imej wanita bertelekung tanpa muka muncul di hadapan gambar seorang saudaranya.