Monday, August 17, 2009

Dua buah paling banyak khasiat



















KRANBERI dan beri biru dikenali sebagai buah-buahan super oleh kebanyakan golongan profesional kesihatan disebabkan ciri khasiatnya yang menyediakan pelbagai manfaat kesihatan untuk tubuh manusia.

Buah-buahan berkenaan memang kecil namun cukup berkuasa untuk melawan penyakit kerana mempunyai kandungan bahan kimia tumbuhan dan antioksidan tinggi yang memberi sokongan kepada kesihatan manusia tanpa kesan sampingan berbahaya.

Malah, kranberi dan beri biru yang berasal dari Amerika Utara memiliki sejarah penggunaan dari segi perubatan di kalangan masyarakat pribuminya sejak dulu lagi.

Antioksidan melawan radikal bebas yang memasuki tubuh dan merosakkan sistem ketahanan tubuh seseorang. Ia membantu tubuh melawan penyakit dan risiko kesihatan berkaitan usia.

Penyelidikan menunjukkan beri biru mempunyai keupayaan antioksidan paling tinggi untuk setiap sajian, berbanding lebih daripada 20 jenis buah-buahan lain.

Penyelidik Persatuan Ubat-ubatan Amerika Syarikat, Ronald Prior mendapati secawan kranberi dan beri biru mempunyai keupayaan antioksidan tertinggi berbanding strawberi, plum dan rasberi.

Beri biru mungkin dianggap beri yang paling baik dari segi kandungan antioksidan. Ia tinggi kandungan flavonoid dan membantu melindungi seseorang daripada barah prostat, jangkitan saluran kencing dan katarak.

Ia juga membantu melindungi kerosakan otak daripada strok dan penyakit jantung.

Kranberi dan beri biru juga membantu menghalang pembiakan beberapa jenis bakteria termasuk E coli yang dikaitkan dengan jangkitan saluran kencing pada dinding saluran berkenaan.

Kandungan antioksidan dalam beri biru yang tinggi banyak dikaitkan dengan antipenuaan, antibarah dan jantung yang lebih sihat.

Kranberi juga didapati membantu melindungi seseorang daripada barah payu dara dan mengurangkan ulser perut selain membantu mengurangkan tahap kolesterol yang tidak baik (LDL).

Kranberi dan beri biru secara semula jadinya kaya dengan khasiat. Untuk satu sajian, ia hanya mengandungi tidak sampai 50 kalori namun padat dengan antioksidan dan menyediakan khasiat penting. Ia kaya dengan khasiat seperti kalsium, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, vitamin C, vitamin K serta serat.

Kajian dijalankan pasukan daripada Universiti Prince Edward Island, Kanada mendapati pengambilan beri biru membantu memberikan perlindungan kepada otak untuk menghalang kerosakan akibat serangan strok.

Kajian berterusan mengenai otak menunjukkan ia membantu untuk meningkatkan kemahiran motor dan menangani masalah hilang ingatan jangka pendek yang sering dialami seiring dengan peningkatan usia.

Penyelidik di seluruh dunia turut mendapati bahan anthocyanin dalam kranberi dan beri biru boleh membantu meningkatkan penglihatan pada waktu malam dan mencegah keletihan mata.

Bahan beta karoten dalam buah-buahan terbabit ditukar kepada vitamin A, antioksidan penting yang menghalang kerosakan pada sel dan tisu termasuk lensa mata.

Antara cara mudah pengambilan buah-buahan terbabit adalah menerusi minuman yogurt seperti dikeluarkan Dutch Lady.

Menerusi minuman tanpa lemak Shine keluaran syarikat berkenaan, ia menyediakan kombinasi jus buah-buahan termasuk minuman yogurt kranberi-beri biru.

Untuk wanita muda berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun yang ingin mengekalkan penampilan menarik dan tahap kesihatan yang baik, minuman terbabit nyata memenuhi keperluan gaya hidup mereka.

Disediakan dalam rekaan botol menarik, ia boleh didapati dalam dua saiz iaitu kandungan 220 gram berharga RM1.95 (Sabah dan Sarawak RM2.50) dan 750 gram berharga RM4.49 (Sabah dan Sarawak RM5.80).