Thursday, July 16, 2009

BagLaptop...




semalam saja gua pergi dengan kawan nak beli ink printer hp sekali jalan nampak beglaptop warna pink and then...teringat la dekat my sweetheart erm..apa la snap pic la nak tanya dia nak beli dak bag ni heheh ermm...hehe kalau suka cakap tau...

bentuk dalam bag laptop ini mcm gambar di bawah..tapi yang ni saya ambil dekat internet tapi lebih kurang la..comel kan hehe ermm but yang warna pink tu saya tengok dekat kedai.



Hantu Jacko di bonet kereta

IMEJ Jacko terbentuk pada bonet kereta Sloggett.

GAMBAR imej Jacko.

STAFFORD - Seorang lelaki, Gary Sloggett yang berumur 43 tahun terkejut apabila dia mendapati terdapat wajah mirip penyanyi Michael Jackson pada bonet keretanya di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Wajah Michael yang mesra dengan panggilan Jacko ketika dia masih hidup itu dapat dilihat di bonet kereta jenama Rover, 13 jam selepas penyanyi itu meninggal dunia pada 25 Jun lalu di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).

Gambar Jacko itu dirakamkan oleh Sloggett ketika dia mengambil gambar keretanya itu untuk dihantar kepada sebuah majalah jualan kereta.

Dia kemudian memuat naik imej itu di komputer dan berasa terkejut selepas mendapati terdapat wajah mirip Jacko di bonetnya.

"Ia sungguh luar biasa. Penjelasan yang munasabah ialah terdapat pembentukan awan yang terjadi ketika gambar itu dirakamkan," kata Sloggett.

Gambar Jacko itu dibentuk oleh awan menyebabkan bayangannya itu dapat dilihat pada bonet kereta Sloggett yang berkilat. - Agensi


Wang kertas baru RM50 untuk cegah pemalsuan


KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) mulai semalam mengeluarkan wang kertas RM50 reka bentuk baru yang menggabungkan pelbagai ciri keselamatan moden dan inovatif dengan tujuan utama untuk menghalang cubaan pemalsuan.

BNM dalam kenyataannya semalam menjelaskan, ia akan menggantikan wang kertas RM50 sedia ada secara berperingkat-peringkat.

BNM setakat ini belum menetapkan tempoh wang kertas RM50 sedia ada dihentikan pengeluarannya, namun ia tetap sah diperlakukan bersama-sama dengan wang kertas baru ini.

Menurutnya, wang kertas baru RM50 itu sebelum ini dikeluarkan pada Disember 2007 bersempena dengan Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan Malaysia.

Namun siri baru ini tidak lagi mempunyai logo sambutan jubli emas kemerdekaan negara