Saturday, November 28, 2009

how to disable Windows XP "Windows Genuine Advantage"


apa bila pc anda kena windows genuine sila ikut step ini..
Find these things annoying? Try the following steps:

1. Open My Computer, go to C:WINDOWSsystem32

2. Rename "WgaLogon.dll" to "WgaLogon.dll.bak"

3. Open Notepad, save blank page as WgaLogon.dll (click File --> Save As --> change 'Save as type' from "text documents" to "all files" --> save the blank page as WgaLogon.dll in system32)

4. In system32, select WgaTray.exe and right-click, then click Delete

5. Do not click "Yes" when the confirmation box appear

6. Now, press Ctrl + Alt + Del

7. Click "Processes"

8. Select WgaTray.exe and click "End Process"

9. Open system32 and click "Yes" on the delete confirmation box as quick as possible

After you delete it, that annoying thing should have gone already after you restart your PC

*If fail to delete it, repeat step 4 to 9

After that, don't forget to turn off Automatic Updates

Right-click My Computer, click Properties, select Automatic Updates and then turn it off...

Friday, November 6, 2009

10 saat dirikan sejadah, jangan taksub

KANGAR - Jika masih terdapat orang ramai yang taksub dengan kejadian mistik di sebalik

sejadah berdiri, mungkin ini boleh menyedarkan minda mereka.

Ini kerana, Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) semalam menunjukkan demonstrasi membentuk sejadah berdiri bagi meyakinkan orang ramai kejadian yang didakwa aneh itu boleh dilakukan oleh manusia sendiri. KERATAN Kosmo! 3 November semalam.

Demonstrasi tersebut dilakukan sendiri oleh Pengarah JAIPs, Abdul Malik Hussin dan disertai bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim di hadapan lebih 50 orang di pejabat jabatan agama berkenaan di sini semalam.

Pelbagai bentuk dapat dilakukan oleh dua penguji berkenaan dengan menggunakan empat sejadah yang cuma mengambil masa tidak sampai 10 saat untuk mendirikan sehelai sejadah tersebut.

Kosmo! sebelum ini melaporkan kejadian sejadah berdiri seolah-olah mengerjakan solat berjemaah di surau Taman Kastam 3, dekat Padang Besar, Perlis yang menarik perhatian orang ramai termasuk warga Thailand di sempadan.

Menurut Abdul Malik, sebab utama sejadah berkenaan mudah dibentuk demikian rupa disebabkan kainnya jenis baru, tebal dan keras.

"Ini perkara yang mudah terlepas pandang apabila berlaku kejadian sejadah berdiri di tempat mereka sehingga menyebabkan timbul pelbagai andaian mistik.

'Sehubungan itu, saya meminta orang ramai menghentikan kepercayaan mistik kejadian sejadah berdiri itu kerana hasil eksperimen ini jelas membuktikan ia mudah dilakukan orang ramai,' katanya kepada pemberita di sini semalam.

Penduduk dakwa sejadah turun sendiri dari rak

ORANG ramai berpusu-pusu menyaksikan sendiri kejadian sejadah berdiri yang didakwa berlaku di Surau Taman Kastam 3, Padang Besar, Perlis semalam

PADANG BESAR - "Ketika saya bergegas memasuki surau untuk melihat empat sejadah berdiri, kami terlihat sehelai sejadah lagi seolah-olah turun dari rak gantung untuk mengikut sejadah lain."

Demikian dakwa seorang penduduk, Ahmad Fadil Johari, 25, yang terkejut menyaksikan kejadian sejadah berdiri yang seolah-olah melakukan sembahyang berjemaah di Surau Taman Kastam 3 dekat sini semalam.

Menurut Ahmad Fadil, dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, sejadah tersebut yang bergerak turun tiba-tiba terhenti seolah-olah menyedari dia dan beberapa rakannya masuk ke surau.

"Dilihat secara logik, sejadah itu boleh terjatuh, sebaliknya sejadah itu tergantung sebelum kami ambil dan susun semula di rak.

"Sebelum masuk, juga ada bauan wangi dari dalam surau dan sebaik membuka pintu kami terlihat sejadah berdiri seperti seorang imam bersama tiga jemaah bersembahyang," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Akhbar sebelum ini melaporkan beberapa kejadian aneh sejadah berdiri yang berlaku di Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah. Kejadian itu turut berlaku di atas sebuah feri penumpang di Langkawi pada 17 Oktober lalu.