Tuesday, April 28, 2009

PERODUA MPV…saingan EXORA…









Perodua buat persiapan akhir lancar MPV pertama
Oleh Ahmad Farizal Hajat
ahmadfarizal@bharian.com.my

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) yang sedang dalam persiapan akhir melancarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) pertamanya, yakin dapat memberikan cabaran dalam segmen kenderaan berkenaan di negara ini kerana MPV yang akan ditawarkannya adalah bermutu dengan harga berdaya saing.

Pengarah Urusannya, Datuk Syed Hafiz Syed Abu Bakar, (gambar) berkata MPV yang bakal dilancarkan pada suku keempat tahun ini, akan dijana enjin 1.5 liter dan memenuhi keperluan pengangkutan sebuah keluarga.

Beliau berkata, dengan mempunyai tujuh tempat duduk dan ruang dalaman luas, MPV Perodua yang akan dihasilkan di kilangnya di Rawang, Selangor itu, menjadi MPV kompak paling berprestasi tinggi dan menjimatkan minyak.

“Kami prihatin ramai keluarga Malaysia mengeluh kerana susah memiliki sebuah MPV yang bermutu pada harga berpatutan.

“Justeru, untuk kenderaan MPV Perodua ini, selain mempunyai pelbagai ciri hiburan dan teknologi keselamatan terkini serta canggih, kami akan pastikan yang ia mampu dimiliki dan kami tidak akan sesekali berkompromi dengan mutunya walaupun harga MPV itu lebih berdaya saing jika dibandingkan dengan MPV lain,” katanya kepada Berita Harian dalam satu temubual di Kuala Lumpur, semalam.

Syed Hafiz berkata, meskipun Perodua sedang mengemaskini dan menganalisis kos pembuatan kenderaan itu dalam usaha memuktamadkan harga, ia dijangkakan ditawarkan pada harga tidak melebihi RM70,000.

Katanya, Perodua mampu menawarkan harga sedemikian kerana model itu menggunakan sehingga 90 peratus komponen tempatan.

Syed Hafiz berkata, pelancaran MPV itu sejajar matlamat Perodua untuk sentiasa memperkenalkan satu model baru setiap tahun.

“Seperti pada 2005, Perodua memperkenalkan Myvi, 2007, Viva dan tahun ini model kenderaan yang agak besar,” katanya.

Syed Hafiz berkata, bagi memastikan orang ramai merasai kehangatan kenderaan MPV itu, Perodua akan mengadakan pelbagai promosi seawal bulan depan.

“Promosi akan bermula pada April ini dengan Minggu Amanah Saham di Johor bakal menjadi platform pertama promosi dan kita akan tunjuk bahagian dalaman atau rangka model kenderaan MPV kami supaya orang ramai boleh bayangkan bagaimana rupa dan keunikan model MPV Perodua,” katanya.

Syed Hafiz berkata, sebagai pengenalan, Perodua akan menyediakan stok kenderaan MPV itu sehingga 3,000 unit bagi mengelak masalah dari segi masa menunggu dan sebagainya.

Ultramen...Kuala Lumpur


hahaha..member gua jadi ultramen heheh masa kecil tak puas main ultramen mukaka.jangan marah nanti kena jual :P

Perodua Myvi Engine Bay

Here are photos of the Perodua Myvi 1.3’s engine bay. You can look at the K3-VE engine sitting in there, waiting to be started up and driven.

The air filter box says 1.3 16V Twin Cam.

The air intake sucks air from the left side of the engine bay. Actually the engine bay looks pretty cramped. I wonder if there’s space to put open pod air filters.

From the above photo and this photo, you can see the extractor seems covered with some heatshield material. Probably because it was a hot day in Sepang?

This is a cross section of the K3-VE engine for people to see the pistons inside and etcetra. If you look at the top part, you can see there’s two camshafts because it’s a DOHC engine


Perodua Myvi TRD Bodykit


There are also alot of other bodykits available for the Passo
Isn’t she a beauty?