Wednesday, May 27, 2009

Monyet jadi pelayan di Tokyo

TOKYO - Sebuah restoran di sini menggunakan khidmat seekor monyet sebagai pelayan, lapor sebuah akhbar semalam.

Monyet itu mempunyai namanya yang tersendiri iaitu Fuku-chan dan haiwan tersebut menjadi daya tarikan di restoran Kayabuki, utara Tokyo.



Walaupun terletak di kawasan luar bandar, makan malam di restoran tersebut habis ditempah beberapa minggu lebih awal oleh pelanggan dari seluruh Jepun yang mahu melihat monyet itu.




FUKU-CHAN melayan pelanggan-pelanggan di
sebuah restoran di utara Tokyo.



Haiwan itu yang berumur enam tahun melayan dan membawa tuala panas kepada tetamu.

Seorang pelanggan berkata: "Haiwan itu mempunyai peribadi dan gaya seperti seorang pelayan Perancis."

Pemilik restoran itu Kaoru Otsuka berkata: "Semuanya bermula apabila saya memberikannya sehelai tuala panas dan haiwan tersebut mengambil dan memberikannya kepada pelanggan."


Berita baik untuk pelanggan, mereka tidak perlu membayar tip tetapi haiwan itu tangkas menyambar apa jua barangan yang ditinggalkan di meja. - Agensi


0 comments :