Tuesday, August 11, 2009


JENAZAH Jackso disemadikan di tanah perkuburan Forest Lawn, Hollywood Hills, Los Angeles.


LOS ANGELES - Selepas lebih sebulan meninggal dunia, jenazah Michael Jackson (gambar) akhirnya disemadikan secara senyap-senyap di tanah perkuburan persendirian Forest Lawns, Hollywood Hills, lapor sebuah akhbar semalam.

Tidak ada seorang pun peminat yang menghadiri majlis pengebumiannya itu.

Michael yang mesra dengan panggilan Jacko ketika masih hidup meninggal dunia pada 25 Jun lalu di rumah sewanya di sini selepas degupan jantungnya terhenti.

Namun, sehingga lewat kelmarin, beberapa ahli keluarga Jacko bimbang jika ada peminat yang datang untuk mencari lokasi kubur penyanyi itu.

Saudara-mara bintang pop itu mungkin menimbang untuk memindahkan kuburnya jika aspek keselamatan menjadi satu isu besar.

Satu sumber pihak tanah perkuburan itu berkata: "Michael selamat disemadikan."

Bagaimanapun, hanya ahli keluarga terdekat dan pengurusan Forest Lawn mengetahui dengan tepat lokasi kuburnya.

Difahamkan tiada upacara khas pengebumiannya kerana ahli-ahli keluarga Jacko berpuas hati dengan majlis penghormatan terakhir bersama para peminat yang diadakan secara besar-besaran di Staples Center di sini 7 Julai lalu.

Jacko kemungkinan dikebumikan bersebelahan dengan kubur neneknya, Martha Bridges yang meninggal dunia pada 1990 ketika berusia 83 tahun.

Otak beliau yang dikeluarkan untuk ujian turut dikembalikan semula sebelum jenazahnya dikebumikan. - Agensi



0 comments :