Thursday, July 23, 2009

Coraline

heheh time..ni saya boring siot tak tahu nak buat apa erm..sementara tengah download movie grad me to hell saya pun tengok gambar ni coraline kali ke dua memang best cerita ni walaupun pada mula nya saya tak faham lama ke lama saya menjadi faham juga...ceritanya bergini coraline seorang gadis yang comel keluarganya baru berpindah sebuah rumah yang misteri...keluarga coraline sangat sibuk dan tidak melayani coraline sehinggalah ia bertemu dengan keluarga barunya.....jika hendak tahu cerita ini lebih lanju sila lah anda menontonnya heheh

Monday, July 20, 2009

Sah kes bunuh


LOS ANGELES: Kematian Michael Jackson kini sah disiasat sebagai kes bunuh, semalam selepas hasil bedah siasat mendapati dia disuntik ubat berlebihan.

Menurut rakan baik keluarga Michael, Terry Harvey, polis memaklumkan kepada keluarga Michael bahawa mereka akan mendakwa seorang atau lebih suspek dalam tempoh beberapa hari.

“Perbicaraan itu membabitkan pertuduhan jenayah,” katanya.

Menurutnya, suspek terdiri daripada individu yang mengendalikan suntikan serta pihak yang menyediakannya untuk Michael.

Harvey yang mengenali keluarga Michael sejak lama dulu berkata, pakar autopsi menemui banyak kesan ubat penahan sakit berkeupayaan tinggi yang dikenali dengan label Diprivan.

Minggu lalu, La Toya mendakwa dia tahu siapa dalang di sebalik pembunuhan adiknya.

Kata Harvey, autopsi menunjukkan Michael mati apabila Diprivan disuntik berlebihan ke dalam tubuhnya, selain sejumlah pil lain ditemui dalam perut penyanyi terbabit.

“Ada kesan jarum suntikan pada leher dan seluruh tubuhnya,” katanya.

Kemungkinan besar, kata Harvey, pihak berkuasa mendakwa suspek atas tuduhan membunuh tahap kedua, iaitu bertindak menyebabkan kematian.

Katanya, keluarga Michael bekerjasama dengan pasukan penguat kuasa dadah dan polis Los Angeles bagi mengenal pasti doktor mana menyediakan ubat untuk Raja Pop itu.

Mereka juga, katanya, memastikan sejak bila masalah serius itu berlaku.

Dalam temu bual sama, Harvey mendedahkan, keluarga Raja Pop itu akan menyaman penganjur konsert Michael yang sepatutnya diadakan di London.

Mereka dijangka memfailkan saman bernilai RM175 juta ke atas AEG sebaik saja suspek pembunuhan Michael didakwa.

“AEG disaman menyebabkan kematian kerana gagal menjalankan tanggungjawab menjaga keselamatan Michael.

“Syarikat itu sepatutnya boleh menyelamatkan nyawa penyanyi itu,” katanya.

Harvey berkata, bapa Michael, Joe, cuba memulihkan penyanyi itu ketika dia membuat persiapan mengadakan konsert di London.

“Soalnya, sejauh mana penganjur itu tahu masalah Michael dan siapa menyediakan ubat untuknya.

“Semua orang tahu AEG melantik doktor bagi menjaga kesihatan Michael,” katanya.

Sementara itu, wakil AEG berkata, pihaknya melakukan apa saja yang termampu untuk menjayakan konsert Michael.

AEG juga sentiasa menegaskan Raja Pop itu sihat dan cergas sepanjang masa latihan. - Agensi

Friday, July 17, 2009

Extraordinaire Pics














Weapon Factory

















Batu Pun Boleh Buat Duit Tak Percaya Anda lihat sendiri












STRANGE WORLD

Bayangkan jika anda berbaring di tingkat 103 dengan ketinggian 412 meter. Mesti hebatkan dan terasa baring di atas udara.

Beginilah keadaan minah ni yang berbaring di atas balkoni kaca yang di buat di Sears Tower,Chicago.

Lagi info dan gambar di STRANGE WORLD
















Lu pikir la Sendiri Sendiri mau tau la

Masyallah, budak-budak perempuan Melayu ni selamba jer minum arak. Dah lah minum arak dan perpakaian sexy siap rakam lagi. Last-last diupload ke youtube.

Dari suasana video tersebut kelihatan mereka tinggal di rumah sewa dan sedang menyambut hari jadi. Dari loghat diaorang sah dari Trengganu.