Sunday, August 9, 2009

Jangan ghairah dedah maklumat peribadi

KUALA LUMPUR - Para pekerja kerajaan dan swasta dinasihat agar tidak terlalu ghairah mendedahkan maklumat peribadi mereka di laman-laman sesawang rangkaian sosial Internet kerana bimbang disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohamed Shafie BP Mammal berkata, maklumat yang tidak sesuai terutama yang menjurus ke arah perbuatan negatif dikhuatiri menjadi rujukan kepada majikan atau ketua jabatan dalam menilai seseorang pekerja.

Menurutnya, perkara itu tidak mustahil berlaku memandangkan kebanyakan masyarakat di negara ini menganggap fungsi laman sesawang rangkaian sosial sebagai hiburan semata-mata sehingga sanggup memuat turun apa sahaja ke dalamnya.

Video Pocong Felda Jengka 4

Seorang penduduk Felda Jengka 4 mendakwa berjaya merakam video pocong menggunakan telefon bimbit. Lihat video yang menyeramkan ini memang menakutkan.


Dari Berita harian :

Hantu sempat dirakam kamera telefon bimbit

KUANTAN: Penduduk Felda Jengka 4, dekat Maran gempar apabila seorang penduduk di tanah rancangan itu dapat merakam gambar pocong atau makhluk berbalut kain kafan menggunakan telefon bimbit dan menunjukkan gambar berkenaan, pagi kelmarin.

Lelaki terbabit, Abdul Rahman Sabie, 25, berkata kelibat pocong yang berdiri tanpa bergerak sambil merenung tajam ke arahnya dirakam di halaman rumah jirannya sewaktu pulang ke rumahnya kira-kira jam 3 pagi.

Katanya, pocong tanpa wajah yang jelas berikutan berdiri dalam gelap mungkin makhluk sama seperti diceritakan penduduk sebelum ini, malah dia mendakwa sudah tiga kali melihat makhluk berkenaan sebelum berani merakamkannya.

"Sebaik tiba di rumah, darah rasa berderau melihat kelibat itu yang langsung tidak bergerak. Entah dari mana datang keberanian, saya tiba-tiba bergerak ke arah kelibat itu dan merakamkannya menggunakan telefon bimbit," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Abdul Rahman berkata, dia sebenarnya bukanlah orang yang senang percaya dengan benda pelik sebegini, namun selepas melihat dengan mata sendiri, berasa ada kebenarannya.

Katanya, untuk meyakinkan diri, dia memberanikan diri merakamkan kelibat pocong terbabit menggunakan telefon bimbitnya.

"Sebelum ini rakan sering mengusik mengenai cerita pocong terbabit biarpun mereka sendiri tidak pernah melihatnya dan berikutan itu dalam keadaan terketar-ketar saya memberanikan diri merakam gambar makhluk berkenaan.

"Saya melangkah perlahan-lahan ke arah kelibat yang berbalut kain putih berkenaan dengan harapan dapat merakam gambar yang lebih jelas, namun selepas merakamkannya, pocong terbabit hilang secara tiba-tiba.

"Melihat keadaan itu, saya tanpa berpaling terus berlari masuk ke rumah dan tidak berani melihat rakaman gambar dalam telefon bimbit berkenaan kerana terlalu takut," katanya.

Abdul Rahman berkata, sebaik bangun pada paginya, dia melihat kembali rakaman gambar berkenaan dan jelas terlihat bayangan susuk tubuh putih memandang ke arahnya sebelum menunjukkan rakaman gambar itu kepada keluarga dan jiran.

Seram : Sumpahan Gambar

Baiklah adik-adik. Kali ini saya benar-benar serius. Telah banyak kali saya dengar cerita pasal satu gambar lama yang dikatan telah disumpah. Ramai juga yang menghantarkan email meminta saya untuk memaparkan cerita ini. Gambar diambil sekitar tahun 1920an di tanah besar Cina. Setelah menyiasat lebih kurang, maka gambar tersebut ditemui dan cerita di sebalik gambar tersebut juga diperolehi.

Pada mulanya kemunculan gambar ini memang mengerikan, dan ada yang tidak percaya. Sekitar awal tahun 2000, seorang guru sejarah telah melakukan research mengenai gambar tersebut dan mengakui cerita di sebalik gambar ini.

Pada tahun 1920an ada seorang gadis berusia 17 tahun yang berasal dari keluarga yang kaya. Dia telah menemui lelaki idamannya. Lelaki tersebut berusia 19 tahun dan seorang yang cukup digilai di kampung tersebut kerana dia seorang yang tampan. Tanpa berlengah gadis ini melangsungkan pertunangan dengan si lelaki. Malangnmya sebelum upacara pernikahan sempat dijalankan, si gadis telah meninggal dunia kerana demam yang teruk. Dan mengikut tradisi di sana, lelaki harus juga berkahwin dengan gadis ini walaupun dia telah mati. Kerana enggan, lelaki ini melarikan diri dan menjadi seorang tentera.

Namun dengan harta dan pengaruh yang besar, keluarga gadis berjaya menemui dan membawa pulang lelaki tersebut. Nak tak nak lelaki tersebut dipaksa juga untuk berkahwin dengan gadis yang telah mati itu. Mayatnya dijaga dengan baik. Gambar ini diambil setelah 6 hari gadis itu mati. Pada waktu malam, mayat gadis didirikan dengan menggunakan sebuah papan. Jika diperhatikan dengan teliti, kelihatan kaki gadis tidak menyentuh tanah dengan baik. Suasana hujan lebat dan guruh sabung menyabung ketika gambar ini diambil.

Gambar durjana ini dikatan disumpah kerana lelaki itu sangat tidak menginginkan perkahwinan tersebut. Dan si gadis ketika hidup benar-benar ingin menikahi lelaki tersebut. Kerana kemiskinan, keputusan keluarga gadis tidak dapat ditolak.

Dikatakan, jika kita merenung gambar ini untuk beberapa lama, dan jika gadis (mayat) di dalam gambar ini tiba-tiba tersenyum, bermakna sesuatu yang buruk akan berlaku kepada anda.


AMARAN : KAMI TIDAK MEMAKSA ANDA MELIHAT GAMBAR INI. APA-APA YANG TERJADI ADALAH TANGGUNGJAWAP ANDA SENDIRI.




Gambar Hantu Jelmaan Pontianak di Temerloh, Pahang


Gambar hantu kali ini dikirimkan oleh Idan dari Mentakab, Pahang.
Beliau menyertakan teks ini:

Assalamualaikum...

Sy Idan berasal dr Mentakab, Pahang nak kongsi satu gambar aneh ditangkap secara tak sengaja kat satu taman rekreasi di Temerloh. Gambar ni diambik oleh member sy yg g dating kat taman ni dlm pkl 10 lbh pd bln Jun br2 ni.
Kalau skali imbas, memang xnmpk apa2 pn dlm gambar ni. Tp cuba zoom dkt2 kt pinggang sebelah kanan lelaki ini. Apa yg anda lihat?

Taman ni pn br je dibina dan sblm ni adalah kawasan hutan. Jalan ke taman ni mmg popular utk mat rempit menjalankan aktiviti sukan permotoran haram. Dan ada cerita dari penduduk di sekitar ini mengatakan selalu terjadinya kemalangan ngeri akibat ketidaktereran mat rempit ni beraksi. So, gambar ni jgk dikaitkan dgn kemalangan yg selalu berlaku. Tp sejauh mana kebenarannya..i don no..Pengawal keselamatan taman ni sendiri ada pengalaman pondok pengawalnya yg selalu digegar mcm nk roboh bila malam tiba. Sekarang taman ni dh tak dibenarkan masuk utk umum lps pkl 8 mlm sejak gambar ni tersebar.
Harap dapat dikongsi bersama...Gambar kali ini kelihatan sungguh real (klik untuk dibesarkan). Juga sangat menyeramkan. Gambar diambil menggunakan kamerafon Nokia. Cakap banyak tak guna, korang tengok sendiri

Moral Dari Gambar Ini :
-Jangan dating malam-malam di tempat yang sunyi. Bukan sahaja berpotensi diganggu hantu, malah memang sah-sah ada pihak ke-3 iaitu syaitan yang menghasut kita untuk membuat perkara mungkar.
-Bila ambik gambar pakai kamerafon, pastikan lighting yang sempurna (menghadap cahaya) baru la jadi gambar.
-merempit itu berbahaya dan merugikan semua pihak.

Kita juga ucapkan terima kasih kepada Idan kerana berkongsi. Teruskan menghantar gambar-gambar hantu anda kepada kumprinx(a)gmail.com (juga sertakan sedikit informasi mengenai gambar seperti lokasi, waktu dan perihal kawasan tersebut). Tak kira la real ke tidak, pepehal kita kaji dulu bersama.

Add Video