Tuesday, August 11, 2009

Haiwan pelik







Muncung mole berhidung bintang ini mempunyai 22 sesungut yang digunakan untuk mengenal pasti makanan menerusi sentuhan. Ia sering ditemui di Amerika Utara dan tinggal di kawasan tanah rendah lembap serta memakan haiwan tanpa tulang belakang, unggas, cacing dan lintah.










  • Muncung mole berhidung bintang ini mempunyai 22 sesungut yang digunakan untuk mengenal pasti makanan menerusi sentuhan. Ia sering ditemui di Amerika Utara dan tinggal di kawasan tanah rendah lembap serta memakan haiwan tanpa tulang belakang, unggas, cacing dan lintah.

  • Babi laut tinggal di atas atau di bawah dasar laut dan memakan lumpur lantai laut. Saintis masih belum mengkaji bagaimana haiwan ini boleh hidup jauh di dasar laut.

  • Penyu putih yang warna krimnya bergabung dengan sedikit warna merah jambu, terkenal dalam budaya masyarakat Cina. Satu karektor dalam kesusasteraan Cina - Journey To The West - berubah menjadi haiwan ini kerana perbuatan jahatnya.

  • Axolotl daripada keluarga amfibia yang berasal dari tasik di Mexico City. Ia banyak digunakan dalam kajian saintifik kerana keupayaan hampir semua anggota badannya untuk tumbuh semula.

  • Tarsier adalah sejenis monyet. Walaupun satu ketika bilangannya banyak, namun semua spesies yang hidup kini hanya boleh ditemui di pulau sekitar Asia Tenggara. Setiap bebola matanya mempunyai garis lintang kira-kira 16 milimeter dan ia sebesar keseluruhan otaknya.

  • Solenodon Hispaniola, haiwan ganjil dengan muncung panjang, turut mempunyai gigi yang mampu mengeluarkan bisa. Hanya dua solenodon wujud hari ini, satu di Haiti dan Republik Dominica dan satu lagi di Cuba.

  • Panda merah ialah mamalia maging yang sebesar kucing. Ia mempunyai kuku yang boleh disembunyikan separuh dan bulu tebal untuk melindunginya daripada cuaca sejuk dan menyembunyikan baunya.

  • Ular kapak ini adalah ular laut dalam dengan gigi panjang berbentuk jarum dan tulang rahang bawah berengsel. Ia antara pemangsa paling garang di laut dalam dan dipercayai menyerang mangsa dengan memikat mereka dengan organnya yang bercahaya.

  • Naga laut berdaun ini seolah-olah dilitupi daun, menjadikan ia sukar dikesan. Di temui di Australia, hidupan ini mendiami kawasan perairan sejuk dan dilindungi kerajaan sejak 1982.


  • Beruang matahari ini ditemui khusus di hutan hujan tropika Asia Tenggara. Dengan ketinggian hanya 121 sentimeter, ia paling kecil dalam keluarga beruang dan sering digelar beruang anjing.

  • Cicak leher beropol ini dinamakan demikian kerana kulit beropol di lehernya. Ia berlari dengan kaki belakangnya apabila ketakutan. Tabiatnya menyebabkan ia digelar 'cicak basikal' di Australia.

  • Ikan buntal ayam ini boleh ditemui di Lautan Pasifik. Apabila membesar, ia boleh mencapai 50 sentimeter panjang.

  • Saiga, yang seperti kijang, biasanya berbadan besar, mudah lentur, hidungnya memanaskan udara ketika musim sejuk dan menapis habuk ketika musim panas.

  • Ikan katak berbulu ini 'berjalan' di sepanjang dasar laut kerana memburu makanan. Haiwan ini ditemui di Indonesia.

  • Buaya jejulung India ini adalah spesies yang semakin pupus dan antara buaya paling panjang, kadangkala mencecah tujuh meter.

  • Dengan tabiat makannya yang luar biasa dan keupayaan mengeluarkan selut, ikan hag ini disifatkan hidupan laut paling menjijikkan.

  • Ciri paling terserlah monyet probosis ini ialah jantannya berhidung besar. Menurut kajian, monyet betina spesies ini gemarkan monyet jantan berhidung besar.

  • Hidup di laut dalam dan antara sotong yang jarang ditemui, sotong Dumbo memperoleh namanya kerana telinganya, mirip karektor dalam filem Disney, Dumbo.


  • Echidna berparuh panjang ini antara 10 spesies utama yang diisytiharkan haiwan terancam pada 2007. Ia antara dua jenis mamalia yang bertelur.

  • Kera kecil ini mendiami kawasan hutan tanah rendah yang lembap di India atau Sri Lanka. Ia semakin terancam kerana kehilangan habitat.


  • Burung botak berkepala paus ini ditemui di kawasan paya tropika di timur Afrika. Burung ini setinggi 121.92 sentimeter sementara panjang sayapnya lebih 213 sentimeter. Spesies ini hanya ditemui oleh pakar ornitologi pada abad ke-19.

  • Haiwan ini, aye-aye, hampir sama dengan burung tukang. Ia 'menoreh' pokok untuk mencari ulat. Apabila makanan ditemui, ia menggunakan giginya untuk membuat lubang dan mengorek ulat keluar menggunakan jari tengahnya yang panjang.

  • Monyet kerdil ini ditemui di kawasan hutan di barat Brazil, tenggara Colombia, timur Ecuador dan timur Peru. Ia bersifat omnivor dengan memakan buah, daun, unggas dan kadangkala reptilia kecil.

  • Komondor, anjing besar baka Hungary, mempunyai bulu tebal dan panjang seperti tali. Ia diisytiharkan satu daripada khazanah negara itu.

  • Ikan yang dinamakan blobfish ini lembik seperti agar-agar dengan ketumpatannya kurang sedikit daripada air tempat ia diami. Ini membolehkannya kekal terapung. Dengan tinggal hampir di dasar laut, ikan ini makan apa saja yang terapung melintasinya.

  • Jerboa (daripada keluarga tikus) bertelinga panjang ini ditemui di padang pasir China dan Mongolia. Selain telinganya yang panjang, ekor dan kakinya juga panjang. Haiwan yang jarang ditemui ini kini diancam kepupusan.

  • Ditemui pada 2005 di Lautan Pasifik Selatan, haiwan ini digelar 'ketam gergasi'. Ia tinggal 2,200 meter pada bolong hiperterma di sepanjang Lautan Pasifik-Antartik.

  • JENAZAH Jackso disemadikan di tanah perkuburan Forest Lawn, Hollywood Hills, Los Angeles.


    LOS ANGELES - Selepas lebih sebulan meninggal dunia, jenazah Michael Jackson (gambar) akhirnya disemadikan secara senyap-senyap di tanah perkuburan persendirian Forest Lawns, Hollywood Hills, lapor sebuah akhbar semalam.

    Tidak ada seorang pun peminat yang menghadiri majlis pengebumiannya itu.

    Michael yang mesra dengan panggilan Jacko ketika masih hidup meninggal dunia pada 25 Jun lalu di rumah sewanya di sini selepas degupan jantungnya terhenti.

    Namun, sehingga lewat kelmarin, beberapa ahli keluarga Jacko bimbang jika ada peminat yang datang untuk mencari lokasi kubur penyanyi itu.

    Saudara-mara bintang pop itu mungkin menimbang untuk memindahkan kuburnya jika aspek keselamatan menjadi satu isu besar.

    Satu sumber pihak tanah perkuburan itu berkata: "Michael selamat disemadikan."

    Bagaimanapun, hanya ahli keluarga terdekat dan pengurusan Forest Lawn mengetahui dengan tepat lokasi kuburnya.

    Difahamkan tiada upacara khas pengebumiannya kerana ahli-ahli keluarga Jacko berpuas hati dengan majlis penghormatan terakhir bersama para peminat yang diadakan secara besar-besaran di Staples Center di sini 7 Julai lalu.

    Jacko kemungkinan dikebumikan bersebelahan dengan kubur neneknya, Martha Bridges yang meninggal dunia pada 1990 ketika berusia 83 tahun.

    Otak beliau yang dikeluarkan untuk ujian turut dikembalikan semula sebelum jenazahnya dikebumikan. - Agensi



    Rusa terkecil ditemui

    GAMBAR menunjukkan rusa terkecil yang ditemui di utara Myanmar.

    KATMANDU - Rusa terkecil di dunia, seekor katak terbang dan ikan keli melekat pada batu merupakan sebahagian daripada lebih 350 spesies baru hidupan yang ditemui di banjaran Himalaya sejak sedekad lalu, kata Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) semalam.

    Pertubuhan pemuliharaan haiwan itu berkata, semua penemuan itu menjadikan banjaran Himalaya sebagai antara kawasan paling kaya dengan kepelbagaian biologi di dunia.

    Bagaimanapun, beberapa penyelidik memberi amaran kepelbagaian habitat yang menyokong kehidupan beraneka spesies itu kini diancam perubahan cuaca selain pembangunan tidak terkawal di Himalaya.

    "Kepelbagaian hidupan dan kebudayaan yang ditemui di sini akan lenyap untuk selama-lamanya jika kesan perubahan cuaca gagal ditangani," kata Ketua Kempen Inisiatif Hidupan Himalaya WWF, Tariq Aziz.

    Kempen pemuliharaan tersebut merangkumi tiga negara di banjaran Himalaya iaitu India, Nepal dan Bhutan.

    Hampir 75 peratus spesies baru yang ditemui WWF di rantau tersebut antara 1998 dan 2008 terdiri daripada tumbuhan termasuk 21 orkid baru.

    Turut ditemui spesies rusa terkecil di dunia dinamakan muntjac yang hidup di utara Myanmar.

    Beberapa saintis pula menemui katak yang menggelongsor di udara dengan menggunakan selaput pada kakinya dinamakan Rhacophorus di utara India selain dua ekor ikan keli yang memiliki pelekat pada badannya dan mampu melekat pada batu di sungai. - AP