Friday, July 31, 2009

Flag this message sure your eyes will pain





Seyuman itu satu azimat

Lihat la...seyuman itu satu azimat jangan marah ye...muahhzz syg dia

Tuesday, July 28, 2009

MJ gemar luang masa melukis diri sendiri

LOS ANGELES: Beberapa lakaran yang dihasilkan Michael Jackson menjelaskan bagaimana Raja Pop itu melihat dirinya sendiri.

Lakaran yang dibuat pada 1985 turut menampakkan wajahnya ketika kecil dan dewasa, serta imej sarung tangan berkelip-kelip yang menjadi identitinya.

Lakaran itu dihasilkan sendiri oleh Michael dan diserah kepada pakar pembedahan plastiknya, Dr Steve Hoefflin.

Dr Hoefflin, 63, berkata dia bercadang menerbitkan buku mengenai lakaran berkenaan sebagai memperingati kenalannya itu.

“Antara rahsia Michael yang belum diketahui umum adalah kegemarannya melukis,” katanya.

Menurut Dr Hoefflin, Michael semakin yakin melukis pada 1980-an ketika mereka tinggal bersama.

Katanya, mereka menghabiskan masa berjam-jam untuk melukis.

“Sebagai hadiah kepada saya, Michael melakar gambarnya ketika budak dan lelaki dewasa seperti impiannya,” katanya. - Agensi

Michael disangka orang tua uzur

LOS ANGELES: Sekumpulan anggota paramedik yang mula-mula tiba untuk merawat Michael Jackson di rumahnya berkata, mereka mengambil masa lebih 10 minit sebelum menyedari lelaki yang cuba diselamatkan itu sebenarnya adalah Raja Pop dunia.

Pada peringkat awal, kata mereka, lelaki yang terbaring kaku di depan mereka tidak lebih daripada seorang lelaki tua biasa.

Seorang daripada mereka berkata, Michael seperti lelaki tua yang sangat uzur dan tidak mampu berbuat apa-apa.

“Kami mahu mengesahkan Michael mati ketika itu tetapi dibantah pakar kardiologi yang ada di situ,” katanya.

Minggu lalu, akhbar mendedahkan Michael, 51, tidak lagi bernyawa apabila anggota paramedik tiba di kediamannya di Los Angeles.

Beberapa laman web AS pula melaporkan, anggota paramedik gagal mengesan sebarang pergerakan pada jantung Raja Pop itu ketika mereka tiba.

Bagaimanapun, pakar kardiologi Michael, Dr Conrad Murray, yang ada bersamanya ketika itu berkeras mahu penyanyi berkenaan dipindahkan ke hospital.

Dia juga enggan membenarkan anggota paramedik mengambil alih usaha menyedarkan semula Michael.

Dr Murray kini disiasat kerana disyaki terbabit menyebabkan kematiannya.

Dipercayai, ubat pelali berkeupayaan tinggi yang menyebabkan kematian Michael, Propofol, ditemui disembunyikan dalam almari bilik didiami Dr Murray di rumah berkenaan.

Minggu lalu, media melaporkan, sebelum kematiannya, Michael dikatakan terlalu ingin membeli sebuah rumah besar di atas sebidang tanah kira-kira empat hektar yang dirancang dibangunkan sebagai kawasan digelar Wonderland.

Selain dilengkapi garaj untuk 20 kereta, air terjun juga dibina di dalam kawasan itu bersama kawasan beriadah rahsia di bawah tanah.

Ia juga menyediakan dua bilik kebal.

Disebabkan harganya terlalu mahal untuk Michael ketika itu (RM88.5 juta), dia berharap perolehan daripada konsert kemunculan semula di London pada minggu lalu mampu merealisasikan impiannya memiliki rumah berkenaan. - Agensi

Jacko bapa penyayang


LOS ANGELES: Beberapa keping gambar Michael Jackson dan anak-anaknya yang tidak pernah didedahkan kepada umum, disiarkan media semalam.

Satu daripada gambar itu menunjukkan Paris - ketika itu berusia lima tahun - bermanja dengan Michael ketika mereka meraikan ulang tahun kelahiran kelima abangnya, Prince Michael, pada April 2002.

Gambar lain menunjukkan Prince ketika bayi memakai topi parti dengan kek comot di mukanya.

Michael pula duduk di sebelahnya sambil menyuapkan makanan.

Beberapa keping gambar lain pula menunjukkan bekas Presiden AS, Bill Clinton, mendukung Blanket yang baru lahir sambil diperhatikan Michael.

Turut menarik perhatian adalah gambar Prince Michael dan Paris dipakaikan pakaian pengantin seolah-oleh mereka berkahwin. - Agensi

Thursday, July 23, 2009

Coraline

heheh time..ni saya boring siot tak tahu nak buat apa erm..sementara tengah download movie grad me to hell saya pun tengok gambar ni coraline kali ke dua memang best cerita ni walaupun pada mula nya saya tak faham lama ke lama saya menjadi faham juga...ceritanya bergini coraline seorang gadis yang comel keluarganya baru berpindah sebuah rumah yang misteri...keluarga coraline sangat sibuk dan tidak melayani coraline sehinggalah ia bertemu dengan keluarga barunya.....jika hendak tahu cerita ini lebih lanju sila lah anda menontonnya heheh

Monday, July 20, 2009

Sah kes bunuh


LOS ANGELES: Kematian Michael Jackson kini sah disiasat sebagai kes bunuh, semalam selepas hasil bedah siasat mendapati dia disuntik ubat berlebihan.

Menurut rakan baik keluarga Michael, Terry Harvey, polis memaklumkan kepada keluarga Michael bahawa mereka akan mendakwa seorang atau lebih suspek dalam tempoh beberapa hari.

“Perbicaraan itu membabitkan pertuduhan jenayah,” katanya.

Menurutnya, suspek terdiri daripada individu yang mengendalikan suntikan serta pihak yang menyediakannya untuk Michael.

Harvey yang mengenali keluarga Michael sejak lama dulu berkata, pakar autopsi menemui banyak kesan ubat penahan sakit berkeupayaan tinggi yang dikenali dengan label Diprivan.

Minggu lalu, La Toya mendakwa dia tahu siapa dalang di sebalik pembunuhan adiknya.

Kata Harvey, autopsi menunjukkan Michael mati apabila Diprivan disuntik berlebihan ke dalam tubuhnya, selain sejumlah pil lain ditemui dalam perut penyanyi terbabit.

“Ada kesan jarum suntikan pada leher dan seluruh tubuhnya,” katanya.

Kemungkinan besar, kata Harvey, pihak berkuasa mendakwa suspek atas tuduhan membunuh tahap kedua, iaitu bertindak menyebabkan kematian.

Katanya, keluarga Michael bekerjasama dengan pasukan penguat kuasa dadah dan polis Los Angeles bagi mengenal pasti doktor mana menyediakan ubat untuk Raja Pop itu.

Mereka juga, katanya, memastikan sejak bila masalah serius itu berlaku.

Dalam temu bual sama, Harvey mendedahkan, keluarga Raja Pop itu akan menyaman penganjur konsert Michael yang sepatutnya diadakan di London.

Mereka dijangka memfailkan saman bernilai RM175 juta ke atas AEG sebaik saja suspek pembunuhan Michael didakwa.

“AEG disaman menyebabkan kematian kerana gagal menjalankan tanggungjawab menjaga keselamatan Michael.

“Syarikat itu sepatutnya boleh menyelamatkan nyawa penyanyi itu,” katanya.

Harvey berkata, bapa Michael, Joe, cuba memulihkan penyanyi itu ketika dia membuat persiapan mengadakan konsert di London.

“Soalnya, sejauh mana penganjur itu tahu masalah Michael dan siapa menyediakan ubat untuknya.

“Semua orang tahu AEG melantik doktor bagi menjaga kesihatan Michael,” katanya.

Sementara itu, wakil AEG berkata, pihaknya melakukan apa saja yang termampu untuk menjayakan konsert Michael.

AEG juga sentiasa menegaskan Raja Pop itu sihat dan cergas sepanjang masa latihan. - Agensi

Friday, July 17, 2009

Extraordinaire Pics














Weapon Factory

















Batu Pun Boleh Buat Duit Tak Percaya Anda lihat sendiri












STRANGE WORLD

Bayangkan jika anda berbaring di tingkat 103 dengan ketinggian 412 meter. Mesti hebatkan dan terasa baring di atas udara.

Beginilah keadaan minah ni yang berbaring di atas balkoni kaca yang di buat di Sears Tower,Chicago.

Lagi info dan gambar di STRANGE WORLD